Friday 29 November 2013

PENCERITAAN DIGITAL


MATAPELAJARAN :  BAHASA MALAYSIA

TAHUN                     :  4 JAYA

KEMAHIRAN          :  MENDENGAR DAN BERTUTUR

STANDARD KANDUNGAN : 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat
                                                          menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul

STANDARD PEMBELAJARAN : 1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang dilihat dan yang
                                                                  ditonton dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang
                                                                  betul menggunakan ayat yang mengandungi wacana
DISEDIAKAN OLEH: 

1. NORAZEANI ISMAIL
    PPG/10229/11
    780816-03-5952

2. AZIZAH TAIB
    PPG/10131/11
    741126-01-5004

3. NORAINA ELIAS
    PPG/10073/11
    730119-01-5010

4. NOR ASHIKIN HUSSIN
    PPG/10130/11
    731125-03-5514

Wednesday 15 June 2011





MODUL ATAS TALIAN (RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN)
RANCANGAN PENGAJARAN 
 BAHASA MALAYSIA
TAHUN 1

Mata pelajaran :Bahasa Malaysia
Masa : 9.15 - 10.15
Kelas : 1 Jaya
Bilangan murid : 30 orang
Tajuk : Kenderaan
Tema : Pengangkutan
Komponen :
a) Bahasa
b) Kognitif
c) Kreativiti dan estetika
d) Sosioemosi

Kandungan :
1.2 - mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjab, suku kata, perkataan, frasa dan ayat    dengan tepat

2.1 - asas membaca dengan sebutan yang betul

3.2 - menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan betul dan kemas


Hasil Pembelajaran:
1.2.1 - mendengar, mengecam dan menyebut nama abjad yang betul dan tepat
2.1.1 - membaca bentuk-bentuk, abjad dan membunyikan huruf vokal dengan sebutan yang betul
3.2.1 - menulis dan membentuk huruf besar dan huruf kecil dengan cara yang betul serta tulisan yang kemas

Objektif :
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1) mendengar dan menyebut nama abjad yang ditunjukkan dengan betul dan tepat
2) menyatakan huruf awal bagi setiap perkataan yang diberikan
3) menulis huruf kecil dengan cara yang betul serta tulisan yang kemas

Bahan-bahan :
1) Gambar kenderaan (kereta, lori, van, bas, motosikal)
2) huruf konsonan (k, l, v, b, m)
3) perkataan (kereta, lori, van, bas, motosikal)
4) Video (kenderaan)
5) Slide show (lagu 'Kereta Kecil')

Pengetahuan sedia ada :
1)Murid sudah mengenali beberapa jenis kenderaan

Set Induksi (5 minit):
1. Guru menunjukkan video bertajuk jenis-jenis kenderaan di Malaysia kepada murid
2. Guru bersoal jawab dengan murid secara individu dan kelas berkaitan video yang dilihat
3. Guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk pelajaran

Langkah 1 (10 minit)
1. Guru menunjukkan gambar kenderaan (kereta, lori, van, bas, motosikal) kepada murid-murid melalui gambar yang terpapar dalam blog.
2. Guru menunjukkan perkataan kenderaan ( kereta, lori, van, bas, motosikal) kepada murid-murid melalui perkataan yang ada pada blog
3. Guru menyebut perkataan yang ditunjukkan

Langkah 2 (10 minit)
1. Guru menamakan kenderaan yang ditunjukkan oleh guru.
2. Guru membunyikan huruf awal (k, l, v, b, m) bagi setiap perkataan
3. Murid menyebut dan membunyikan huruf (k, l, v, b, m) dengan betul secara individu dan kelas.

Langkah 3 ( 15 minit)
1. Guru menunjukkan teknik menulis huruf kecil (k, l, v, b, m)
2. Murid menulis huruf kecil yang ditunjukkan dengan cara yang betul
3. Murid membuat latihan berdasarkan lembaran kerja

Langkah 4 (15 minit)
1. Guru menunjukkan cara mewarna gambar kenderaan
2. Murid mewarnakan gambar mengikut kreativiti masing-masing

Penutup (5 minit)
1. Guru memperdengarkan lagu kereta kecil
2. Guru meminta murid menyanyikan lagu tersebut bersama-sama
3. Guru dan murid bersoal jawab tentang perkara yang dipelajari
4. Guru membuat rumusan isi pelajaran pada hari ini

SET INDUKSI

LANGKAH 1































PENUTUP